Blog ini amat sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox. Untuk mendapatkan Mozilla Firefox versi 5.0 sila klik di sini

FESTIVAL TARIAN ANTARA SEKOLAH - SEKOLAH ZON B

>> Wednesday, May 19, 2010

Kumpulan Penari dari Kelab Kebudayaan SK Santubong menyertai Festival Tarian antara Sekolah - sekolah Zon B pada 12 Mei 2010 di SMK TAHO

video

video

Tarian yang dibawa ialah Tarian Pesta Menuai dari Kaum Bidayuh. Tarian rampaian tradisional yang ditarikan berjudul Rampaian Warisan dimana para penari mempersembahkan Tarian Inang, Zapin dan Joget.

Read more...

Hari Sukan SK Santubong : Acara Padang

>> Tuesday, April 27, 2010

Tanggal 24 April 2010, SK Santubong telah mengadakan acara padang untuk sukan tahunan SK Santubong bagi tahun 2010. Sebanyak 3 acara telah dipertandingkan iaitu Lompat Tinggi, Lompat Jauh serta Lontar Peluru. Acara dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 10.30 pagi













Read more...

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Kampung Santubong

>> Friday, February 26, 2010

Jabatan Kemas Negeri Sarawak dengan kerjasama JKK Kampung Santubong telah menganjurkan Program Penjanaan Modal Insan Luar Bandar - Integrasi 1Malaysia. Bersempena dengan program tersebut majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1431H dijalankan pada 26 Februari 2010 bersamaan 12 Rabiul Awwal 1431H. Beberapa pertandingan telah dianjurkan bersempena dengan perarakan tersebut.

SK Santubong

SK Santubong

SK Santubong

SK Santubong


pihak SK Santubong telah diundang bagi memeriahkan perarakan tersebut. Perarakan yang dimulai pada jam 7.30 pagi tersebut bermula di Padang Bolasepak Kampung Santubong dan Tamat di Dewan Lagenda Kampung Santubong. Sebanyak 9 kontinjen telah mengambil bahagian antaranya SK Santubong, Amanah Ikhtiar Malaysia, Ranting PBB Kampung Santubong, Sedidik Santubong , Tabika Kemas Kampung Santubong juga Persatuan Nelayan.

Dalam perarakan tersebut... SK Santubong telah menggondol Johan Kategori Pertubuhan / Agensi & Johan Kategori Terbuka. Tahniah & Syabaskan untuk seluruh Warga SK Santubong & Warga PIBG SK Santubong.

SK Santubong

SK Santubong

SK Santubong

SK Santubong

SK Santubong

SK Santubong

Read more...

Pertandingan Bolasepak Zon B, Kuching

Tanggal 23 Februari yang lalu, pasukan bolasepak SK Santubong di bawah bimbingan Cikgu Mohd Osman Morshidi, Ustaz Mohd Badie Zakri Zainun, En Abdullah Hassan & En Awg Fathi Awg Hamsawi telah menyertai Pertandingan Bolasepak Bawah 12 Tahun Peringkat Zon B Kuching yang telah dianjurkan bersama oleh SK Rampangi & SK Bandar Semariang..

SK Santubong
memanaskan badan sebelum perlawanan bermula

SK Santubong telah dijadualkan bertemu dengan pasukan SK Gita & SK Astana. Walaupun tidak melayakkan diri ke peringkat seterusnya, kesungguhan serta semangat kesukanan yang ditunjukkan olen pasukan SK Santubong amat membanggakan. Warga SK Santubong mengucapkan syabas kepada pasukan bolasepak SK Santubong atas usaha gigih mereka.

SK Santubong

SK Santubong
bergambar kenangan sebelum perlawanan bermula

SK Santubong
bergerak masuk ke padang perlawanan

SK Santubong
semangat juang yang tidak pernah luntur

Read more...

Hubungi Kami

SK Santubong
D/A : Pejabat Pelajaran Daerah Kuching
Jln Diplomatik off Jln Bako
93050 Kuching, Sarawak

Tel/ Faks : 6082-846728
E-Mail : sksantubong@gmail.com

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP