Blog ini amat sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox. Untuk mendapatkan Mozilla Firefox sila klik di sini

Sejarah Sekolah

>> Monday, June 15, 2009

Sekolah Kebangsaan Santubong mula beroperasi pada tahun 1954 dengan bercirikan sekolah pondok di mana, Guru Besar yang pertama adalah Encik Abang Hj. Abdul Rahim. Sekolah ini pada mulanya terletak di hujung Kampung Santubong yang hanya mempunyai tiga kelas yang beratap zink dan berdinding kayu di atas tapak tanah yang telah diwakafkan oleh seorang penduduk kampung. Apabila bilangan muridnya semakin meningkat, maka pada tahun 1962, Sek. Keb. Santubong telah berpindah ke tapak yang sedia ada seperti sekarang. Pada masa itu, bilangan kelas telah bertambah menjadi 6 buah.

Lebih 10 tahun yang lalu, penduduk kampung Santubong menggunakan bot atau perahu sebagai jalan perhubungan untuk sampai ke pusat Bandar Kuching. Tetapi pada masa sekarang, keadaan lebih selesa dengan adanya jambatan (Jambatan Santubong) sebagai jalan perhubungan, menjadikan jarak ke Bandar Kuching hanya dalam 40 km sahaja yang memakan masa 1 jam perjalanan jika dibandingkan dahulu yang memakan masa lebih daripada 2 jam.

Kini, Sek. Keb. Santubong telah dikategorikan sebagai sekolah Gred A (Sekolah Luar Bandar); mempunyai 6 blok bangunan dan 11 bilik darjah serta bilik-bilik khas seperti Pejabat Am, Bilik Guru Besar, Bilik Penolong Kanan, Bilik Guru, Makmal Komputer, Pra Sekolah, Bilik Kelas Pemulihan, Pusat Sumber (Mini) dan satu bangunan Gotong Royong RMT. Menjelang pertengahan tahun 2011, bangunan baru Sek. Keb. Santubong dijangka siap dan mula beroperasi sepenuhnya.

Senarai Nama Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini adalah seperti jadual di bawah:

BIL NAMA GURU BESAR TEMPOH BERKHIDMAT
1 Abg Hj. Abdul Rahim 1954 – 1957
2 Hj. Arfan Hj. Salleh 1958 – 1964
3 Edward Hj. Ahmad 1964 – 1965
4 Robert Nasserd 1966 – 1966
5 Abdul Rahman Sotol 1967 – 1969
6 Bernard Cher 1969 – 1976
7 Abg Ismail Abg Ali Basah 1977 – 1978
8 Nusi Hj. Ahmad 1979 – 1979
9 Seruji B. Buang 1980 – 1987
10 Mohamad Hassan 1987 – 1988
11 Pauzi B. Tampurong 1988 – 2004
12 Zamari B. Mustapa 2004 – 2007
13 Dayang Kamisiah Bt. Hj. Awang Johor Oktober 2007 - Januari 2010
14 Tukimin Bin Selikin Januari 2010 hingga Disember 2015
15 Awang Kasim Bin Awang Hosain Disember 2015 hingga kini

1 ulasan:

Anonymous September 6, 2009 at 4:48 PM  

X best na juak eh murid tahun 6 2009 tok x dapat merasa skolah baru...Berat na hati nak ninggal skolah tok..Bnyk gilak kenangan di sekolah tok...Dari murid tahun 6..

Hubungi Kami

SK Santubong
D/A : Pejabat Pelajaran Daerah Kuching
Jln Diplomatik off Jln Bako
93050 Kuching, Sarawak

Tel (Guru Besar) : 6082-846099
Tel (Pej. Am) : 6082-846728
Fax : 6082-846144
E-Mail : sksantubong@gmail.com

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP