Blog ini amat sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox. Untuk mendapatkan Mozilla Firefox sila klik di sini

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Kampung Santubong

>> Friday, February 26, 2010

Jabatan Kemas Negeri Sarawak dengan kerjasama JKK Kampung Santubong telah menganjurkan Program Penjanaan Modal Insan Luar Bandar - Integrasi 1Malaysia. Bersempena dengan program tersebut majlis Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1431H dijalankan pada 26 Februari 2010 bersamaan 12 Rabiul Awwal 1431H. Beberapa pertandingan telah dianjurkan bersempena dengan perarakan tersebut.

SK Santubong

SK Santubong

SK Santubong

SK Santubong


pihak SK Santubong telah diundang bagi memeriahkan perarakan tersebut. Perarakan yang dimulai pada jam 7.30 pagi tersebut bermula di Padang Bolasepak Kampung Santubong dan Tamat di Dewan Lagenda Kampung Santubong. Sebanyak 9 kontinjen telah mengambil bahagian antaranya SK Santubong, Amanah Ikhtiar Malaysia, Ranting PBB Kampung Santubong, Sedidik Santubong , Tabika Kemas Kampung Santubong juga Persatuan Nelayan.

Dalam perarakan tersebut... SK Santubong telah menggondol Johan Kategori Pertubuhan / Agensi & Johan Kategori Terbuka. Tahniah & Syabaskan untuk seluruh Warga SK Santubong & Warga PIBG SK Santubong.

SK Santubong

SK Santubong

SK Santubong

SK Santubong

SK Santubong

SK Santubong

Read more...

Pertandingan Bolasepak Zon B, Kuching

Tanggal 23 Februari yang lalu, pasukan bolasepak SK Santubong di bawah bimbingan Cikgu Mohd Osman Morshidi, Ustaz Mohd Badie Zakri Zainun, En Abdullah Hassan & En Awg Fathi Awg Hamsawi telah menyertai Pertandingan Bolasepak Bawah 12 Tahun Peringkat Zon B Kuching yang telah dianjurkan bersama oleh SK Rampangi & SK Bandar Semariang..

SK Santubong
memanaskan badan sebelum perlawanan bermula

SK Santubong telah dijadualkan bertemu dengan pasukan SK Gita & SK Astana. Walaupun tidak melayakkan diri ke peringkat seterusnya, kesungguhan serta semangat kesukanan yang ditunjukkan olen pasukan SK Santubong amat membanggakan. Warga SK Santubong mengucapkan syabas kepada pasukan bolasepak SK Santubong atas usaha gigih mereka.

SK Santubong

SK Santubong
bergambar kenangan sebelum perlawanan bermula

SK Santubong
bergerak masuk ke padang perlawanan

SK Santubong
semangat juang yang tidak pernah luntur

Read more...

Kem Bestari Solat 1/2010

>> Wednesday, February 10, 2010

Tanggal 9 Februari 2010, SK Santubong telah menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS) Kali pertama bagi tahun ini. KBS adalah satu aktiviti kokurikulum yang terdapat dalam silibus pelaksanaan Program j-QAF yang dijalankan di sekolah rendah seluruh negara. KBS kali pertama ini disertai oleh semua murid beragama Islam Tahun 1. Fokus KBS pada kali ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid tahun 1 cara-cara berwuduk dengan sempurna.


banner KBS kali pertama SK Santubong



murid-murid sedang dicatat kehadiran mereka sambil diperhatikan Guru Besar



murid-murid bersedia untuk menikmati makan tengah hari sebelum memulakan KBS




Ust Ahmad Musa sedang memberi tunjuk cara mengambil wuduk


Ust Wan Mohd Sobri sedang mengawasi murid-murid


murid-murid dalam sesi LDK



sesi amali mengambil wuduk dibimbing oleh Ustzh Fitria

Read more...

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2009

Tanggal 30 Januari 2010 SK Santubong telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang bagi Tahun 2009. Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Hipni b. Barahim, YDP PIBG SK Santubong. Pelajar-pelajar yang cemerlang semasa sesi persekolahan telah menerima hadiah serta sumbangan lain yang meliputi :

1- Anugerah Kedudukan Terbaik
2- Anugerah Prestasi Menonjol
3- Anugerah Mata Pelajaran Terbaik
4- Sijil Pengawas / Ketua & Penolong Ketua Kelas / Kelab & Persatuan
5- Anugerah Atlit Harapan
6- Sumbangan Murid Cemerlang UPSR 2009.

Warga SK Santubong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung juga tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.


kelihatan dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2009 ayahanda Penghulu Suhaili Kipli (baju hijau kiri) , Pengetua SMK Santubong, Cikgu Hj Jali Hj Kenoi (baju hijau tengah) serta YDP PIBG SK Santubong, En. Hipni Barahim (baju hijau kanan).

Read more...

Hubungi Kami

SK Santubong
D/A : Pejabat Pelajaran Daerah Kuching
Jln Diplomatik off Jln Bako
93050 Kuching, Sarawak

Tel (Guru Besar) : 6082-846099
Tel (Pej. Am) : 6082-846728
Fax : 6082-846144
E-Mail : sksantubong@gmail.com

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP