Blog ini amat sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox. Untuk mendapatkan Mozilla Firefox sila klik di sini

Aluan Guru Besar

>> Monday, June 15, 2009

Dyg Kamisish

Cikgu Dayang Kamisiah Awang Johor


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bertemu buat pertama kalinya menerusi laman blog yang telah dihasilkan melalui kerjasama semua guru dan pihak sekolah. Walaupun pihak sekolah serba kekurangan dalam penyediaan bahan dalam laman web ini namun inilah hasil yang telah dapat dilihat melalui semangat kerjasama semua guru dan komitmen yang telah ditunjukkan adalah menjadi bukti bahawa semua staf sekolah ini memgamalkan semangat bekerja secara kaloboratif.
Sesungguhnya hasrat kerajaan untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia adalah "Smart School " tidak akan mustahil dan akan dicapai dalam tempoh yang terdekat.Cita-cita pihak kerajaan dan Kementerian Pendidikan untuk melihat seluruh rakyat Malaysia Celik It akan pasti tercapai melalui usaha-usaha fizikal dan usaha-usaha menyediakan kemudahan infrastruktur akan membantu untuk mencapai rancangan ini.

Melalui laman web yang telah di muat naik ini akan membolehkan seluruh rakyat Malaysia melayari semua sekolah di seluruh negara dan ini merupakan satu perkembangan yang sihat ke arah pertukaran maklumat demi untuk kemajuan pendidikan.

Akhir kata pihak Sekolah dengan hati yang terbuka mengalu-alukan sebarang komen dan kritikan yang membina dalam membina dan mengemaskini laman web ini ke arah yang lebih profesional dan bermutu.

Sekian, terima kasih.

1 ulasan:

Anonymous September 6, 2009 at 4:52 PM  

GB Sk Santubong nang rajin...Walaupun GB di sekolah Sk Santubong tok agik baru tapi banyak dah orang menyenanginya..

GB Sk Santubong best...!

Hubungi Kami

SK Santubong
D/A : Pejabat Pelajaran Daerah Kuching
Jln Diplomatik off Jln Bako
93050 Kuching, Sarawak

Tel (Guru Besar) : 6082-846099
Tel (Pej. Am) : 6082-846728
Fax : 6082-846144
E-Mail : sksantubong@gmail.com

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP