Blog ini amat sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox. Untuk mendapatkan Mozilla Firefox sila klik di sini

Motivasi Tahun 6, Solat Hajat UPSR, Sambutan Kemerdekaan, Tahlil Arwah Bulan

>> Monday, August 31, 2009

Motivasi Pelajar Tahun 6

Pada 1 & 2 Ogos yang lalu, Pihak PIBG SK Santubong telah menganjurkan Program Motivasi & Teknik Menjawab Soalan kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada September ini. Program telah diadakan di Santubong Resort selama 2 hari 1 malam.


Solat Hajat UPSR

Sempena dengan peperiksaan UPSR yang bakal tiba, pihak SK Santubong telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat bagi memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kejayaan kepada murid-murid yang bakal menddudki peperiksaan tersebut pada 8 September ini. Majlis tersebut telah diadakan pada 20 Ogos 2009 iaitu Khamis malam Jumaat. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib seterusnya bacaan Surah Yasin diikuti Solat Isyak dan Solat Hajat. Majlis diakhiri dengan jamuan.

Sambutan Kemerdekaan ke-52 Peringkat SK Santubong

Sambutan ini telah diadakan pada hari Jumaat 21 Ogos 2009. sambutan ini diadakan lebih awal bagi menghormati kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sambutan ini diisi dengan pertandingan sajak serta pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik. Gambar-gambar aktiviti dilampirkan di bawah petikan ini.


Tahlil Arwah Bulan

selepas tamatnya sambutan kemerdekaan, pihak SK Santubong mengadakan Tahlil Arwah Bulan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Tahlil ini adalah tahlil yang biasa dijalankan oleh masyarakat muslim di Sarawak sempena kedatangan bulan Ramadhan. Majlis diketuai oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam iaitu Ust Ahmad Hj Musa. Majlis ini diakhiri dengan jamuan tengah hari.

1 ulasan:

Anonymous September 5, 2009 at 4:34 PM  

Murid tahun 6B lebih bijak daripada 6C! Apapun murid tahun 6 tahun tok nang best lah...

Hubungi Kami

SK Santubong
D/A : Pejabat Pelajaran Daerah Kuching
Jln Diplomatik off Jln Bako
93050 Kuching, Sarawak

Tel (Guru Besar) : 6082-846099
Tel (Pej. Am) : 6082-846728
Fax : 6082-846144
E-Mail : sksantubong@gmail.com

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP